Selasa, 25 Ogos 2009

nostalgia

Hari ini sudah 4 hari umat Islam berpuasa.Aku banyak menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak tersayang kebetulan pula dengan cuti sekolah.Terlalu bahagia rasanya melayani kerenah mereka bertiga walau adakala menuntut aku lebih bersabar.Kehendak dan citarasa mereka agak berbeza terutama dalam aspek makanan kegemaran.Sedaya mungkin aku cuba memenuhi kehendak mereka walaupun mereka tidak pernah meminta yang lebih daripada apa yang mampu aku sediakan untuk hidangan mereka.Aku sentiasa ingatkan mereka supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa bersederhana dalam segala hal.Selepas solat Maghrib aku dan anak-anak akan menyiapkan diri untuk ke surau berdekatan bagi menunaikan sunat Terawih.Teringat waktu kecil-kecil dulu sewaktu menyambut bulan puasa di kampung,aku dan dua orang kakakku kak rose dan kak laa akan menyibuk di dapur seawal pukul 5 petang melihat apa yang mama masakkan untuk kami sekeluarga paling tidak tugas kami menyusun man gkuk ataupun piring kuih di samping mengawasi adik(Cikju) yang waktu itu masih lagi kecil.Selepas berbuka aku,kak laa dan kak rose akan bergilir-gilir membersihkan pinggan mangkuk serta cawan gelas yang digunakan sewaktu berbuka.Walaupun tanpa kemudahan air paip seperti sekarasng tetapi kami bertiga akurdengan tugas yang diberikan tanpa pernah bersungut.Dan biasanya selepas itu kami akan mengikutrwah MAK panggilan kepada arwah nenek ke Madrasah Pak Nik Weil untuk menunaikan sunat terawih dan sesekali aku dan kak laa akan mengikut MAK untuk solat subuh di madrasah tersebut.Terlalu meninggalkan nostalgia setiap kenangan itu apatah lagi di bulan ramadhan begini.Untuk arwah MAK arwah CHE',arwah Paknik hj Weil,Moknik-guru ngaji quran-AlFatihah buat kalian moga ditempatkan allah bersama orang-orang yang beriman.Buat mama dan papa walau di mana berada doa tidak pernah putus buat kalian.Buat k.ak laa dan kak rose yang banyak menyimpan kenangan waktu kecil bersama kejauhan ini bukan bermakna lunturnya persaudaraan dan ikatan kita segalanya tetap utuh kalaupun ada ternampak jarak antara kita semua itu mungkin kerana keadaan tidak mengizinkan kita untuk berkongsi banyak rahsia.Buat adik-adik yang tidak berpeluang merasai kepayahan dan kemanisan sewaktu kami bertiga melewati zaman kanak2 dulu hargailah apa yang kita milikkini dan peliharalah persaudaraan kita kerana walau siapapun kita kini kita akan tetap satu dalam ikatan ini.

2 ulasan:

  1. sebak membaca entri ini. semuanya masih segar dalam ingatan.

    BalasPadam
  2. kenangan lalu masih segar dalam ingatanku... thanks kak Nor...

    BalasPadam