Setelah sekian lama terputus tanpa secebis khabar berita senja 1 jun mengembalikan semula sebuah persahabatan dan ikatan perkawanan kita.Liza ayu,Zul Syahdu,Zie Suria,Siti Senja dan Nur Rindu,nama-nama manis ciptaan kita bersama lewat alam persekolahan melebihi dua dekad yang lalu.Nama2 itu tidak pernah terpadam di lipatan memori walau dalam detik yang amat panjang waktu tidak pernah mengizinkan kita untuk bertemu.
Kita pernah bersama melalui saat-saat getir dalam mengejar cita-cita hidup sehinggalah kita menemui arah hidup masing-masing.dan dari detik itulah secara diam kita terpisah.Masa dan kekangan waktu dalam mengurus hidup masing-masing dengan seribu onak duri memungkinkan jarak antara kita walau hakikatnya kita tidak pernah melupakan antara satu sama lain'
Teman,aku mendapat khabar tentang kalian.Tertanya sendiri dalam hati apakah hikmah yang tersurat oleh Allah untuk memungkinkan segala2nya ini.Apakah ini merupakan ruang dan peluang terakhir untuk kembali menyatukan persahabatan kita.Dalam kejauhan dan perpisahn yang cukup lama terlalu banyak rahsia dan cerita yang tidak sempat kita kongsi bersama.Aku yakin walaupun banyak cita-cita masa silam kita yang musnah tetapi yang pasti kita telah temui kebahagiaan kita masing masing dengan cara kita tersendiri ataupun paling tidak kita pernah temui kebahagiaan walaupun sesaat. Percayalah dalam hidup kita tidak akan dapat semua yang kita impikan tetapi yang kita miliki itulah yang terbaik untuk kita.Dunia yang fana ini hanyalah tempat persinggahan.Ujian dan dugaan pasti sentiasa datang menyapa kita walau tanpa diduga atau tanpa dipinta.Sebagai hambaNYA yang lemah kita terpaksa menghadapi semua itu walau terkadan g keimanan dan ketabahan kita sangat teruji.Allah memilih hambanya untuk diuji dan setiap ujian itu pasti ada ganjarannya.Kita sebenarnya sedang menuju jalan pulang. Pasti dalam perjalanan pulang itu kita akan menempuh pelbagai ranjau dan onak duri untuk sampai ke destinasi yang abadi.Teman, semoga setiap langkah kita akan diberkati dan masih ada kesempatan untuk kita bertemu atas nama sebuah persahabatan.
Rabu, 2 Jun 2010
Jumaat, 1 Januari 2010
salam 2010
Selamat datang mentari 2010.Selamat tinggal 2009 yang pastinya mencatat sejuta calitan warna kehidupan untuk kita lebih menilai dan menghargai makna sebuah perjalanan yang kita tidak pernah tahu bilakah akan ternokhtah.Terima kasih Tuhan kerana memberiaku kesempatan untuk terus bernafas dibumimu yang indah ini.Rasanya terlalu cepat waktu berlalu.Masih jelas dalam ingatan kenangan manis menyambut tahun baru 2009 di bumi Seoul Korea Selatan bersama keluarga menikmati keindahan musim sejuk.12 bulan berlalu dalam kesibukan mengurusi keluarga,anak2 dan kerjaya tak terasa waktu berlari begitu pantas.Pastinya aku bersyukur krn Allah sentiasa bersamaku memberikanku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi biru ungu perjalanan ini.Aku perlu kuat untuk anak2 kerana mereka adalah segala-galanya buatku walau banyak waktu aku terpaksa menyimpan kesakitan yang teramat jauh di lubuk hati yang dalam.Buat Along terima kasih kerana menghadiahkan ibu kejayaan yang cemerlang dalam pmr semoga kejayaan tersebut menjadi pencetus kepada kecemerlangan seterusnya.Ingat selalu pesan ibu walau siapa kita walau di mana kita berada ingat selalu pada allah,berbuat baik pada semua orang rendah diri tidak akan hilang akar dirimu.insyaallah hidupmu akan selamat.Selamat datang 2010.Aku ingin lebih optimistik dan realistik.Tuhan padamu ku cari cinta.Amin.
Rabu, 9 September 2009
pesan ibu
PESAN IBU
(puisi buat puteriku Natasha Alia
sempena ulangtahun ke -15)
Saat kau dilahirkan
sebenarnya itulah satu detik bersejarah
yang terangkum indah di lubuk hati yang paling dalam
bulan dan bintang tersenyum
menyambut santun kehadiranmu
lewat malam jumaat yang syahdu
15 musim telah berlalu
dewasalah sayangku
dalam biru ungu perjalanan ini
belajarlah kau untuk menilai erti sebuah penghidupan
mentafsir manusia dan kemanusiaan
lembut tak semestinya lemah
keras tak semestinya kuat
pahit jangan terus kau buang
manis jangan terus kau telan
sayang
penuhilah dadamu dengan ilmu
sirami jiwamu dengan wangian iman
pasti jalan hidupmu akan bersuluh
rendah diri tidak beerti
hilangnya akar diri
lemah kau akan dipijak
kuat kau akan disaingi
jadilah kau seorang manusia
yang lembut jiwanya
tetapi kuat hatinya
harta tidak dibawa mati
amal dan takwa kekal abadi
harta tidak dipandang tinggi
hanyalah pinjaman penguji diri
sayang
jadilah apa saja pada akhirnya
tetapi kiblat dan pedoman diri
perlulah selari
Allah tuhanmu
Alquran pedoman hidupmu
bahagialah sayangku
dunia dan akhirat
salam kasih sayang-ibu-090909
(puisi buat puteriku Natasha Alia
sempena ulangtahun ke -15)
Saat kau dilahirkan
sebenarnya itulah satu detik bersejarah
yang terangkum indah di lubuk hati yang paling dalam
bulan dan bintang tersenyum
menyambut santun kehadiranmu
lewat malam jumaat yang syahdu
15 musim telah berlalu
dewasalah sayangku
dalam biru ungu perjalanan ini
belajarlah kau untuk menilai erti sebuah penghidupan
mentafsir manusia dan kemanusiaan
lembut tak semestinya lemah
keras tak semestinya kuat
pahit jangan terus kau buang
manis jangan terus kau telan
sayang
penuhilah dadamu dengan ilmu
sirami jiwamu dengan wangian iman
pasti jalan hidupmu akan bersuluh
rendah diri tidak beerti
hilangnya akar diri
lemah kau akan dipijak
kuat kau akan disaingi
jadilah kau seorang manusia
yang lembut jiwanya
tetapi kuat hatinya
harta tidak dibawa mati
amal dan takwa kekal abadi
harta tidak dipandang tinggi
hanyalah pinjaman penguji diri
sayang
jadilah apa saja pada akhirnya
tetapi kiblat dan pedoman diri
perlulah selari
Allah tuhanmu
Alquran pedoman hidupmu
bahagialah sayangku
dunia dan akhirat
salam kasih sayang-ibu-090909
Selasa, 25 Ogos 2009
nostalgia
Hari ini sudah 4 hari umat Islam berpuasa.Aku banyak menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak tersayang kebetulan pula dengan cuti sekolah.Terlalu bahagia rasanya melayani kerenah mereka bertiga walau adakala menuntut aku lebih bersabar.Kehendak dan citarasa mereka agak berbeza terutama dalam aspek makanan kegemaran.Sedaya mungkin aku cuba memenuhi kehendak mereka walaupun mereka tidak pernah meminta yang lebih daripada apa yang mampu aku sediakan untuk hidangan mereka.Aku sentiasa ingatkan mereka supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa bersederhana dalam segala hal.Selepas solat Maghrib aku dan anak-anak akan menyiapkan diri untuk ke surau berdekatan bagi menunaikan sunat Terawih.Teringat waktu kecil-kecil dulu sewaktu menyambut bulan puasa di kampung,aku dan dua orang kakakku kak rose dan kak laa akan menyibuk di dapur seawal pukul 5 petang melihat apa yang mama masakkan untuk kami sekeluarga paling tidak tugas kami menyusun man gkuk ataupun piring kuih di samping mengawasi adik(Cikju) yang waktu itu masih lagi kecil.Selepas berbuka aku,kak laa dan kak rose akan bergilir-gilir membersihkan pinggan mangkuk serta cawan gelas yang digunakan sewaktu berbuka.Walaupun tanpa kemudahan air paip seperti sekarasng tetapi kami bertiga akurdengan tugas yang diberikan tanpa pernah bersungut.Dan biasanya selepas itu kami akan mengikutrwah MAK panggilan kepada arwah nenek ke Madrasah Pak Nik Weil untuk menunaikan sunat terawih dan sesekali aku dan kak laa akan mengikut MAK untuk solat subuh di madrasah tersebut.Terlalu meninggalkan nostalgia setiap kenangan itu apatah lagi di bulan ramadhan begini.Untuk arwah MAK arwah CHE',arwah Paknik hj Weil,Moknik-guru ngaji quran-AlFatihah buat kalian moga ditempatkan allah bersama orang-orang yang beriman.Buat mama dan papa walau di mana berada doa tidak pernah putus buat kalian.Buat k.ak laa dan kak rose yang banyak menyimpan kenangan waktu kecil bersama kejauhan ini bukan bermakna lunturnya persaudaraan dan ikatan kita segalanya tetap utuh kalaupun ada ternampak jarak antara kita semua itu mungkin kerana keadaan tidak mengizinkan kita untuk berkongsi banyak rahsia.Buat adik-adik yang tidak berpeluang merasai kepayahan dan kemanisan sewaktu kami bertiga melewati zaman kanak2 dulu hargailah apa yang kita milikkini dan peliharalah persaudaraan kita kerana walau siapapun kita kini kita akan tetap satu dalam ikatan ini.
Jumaat, 21 Ogos 2009
Tetamu Ramadhan
Terima kasih Tuhan kerana masih memberiku kesempatan untuk mengucup wanginya Ramadhan. Selamat datang Ramadhanku yang kudus.Aku ingin menjadi tetamumu yang sopan dengan bahasa santunnya.Terasa terlalu daif dan kecilnya aku menerima kehadiranmu.Sudidakah kiranya k au menjadi tamuku dalam keadaanku yang serba kekurangan ini.Ingin sekali ku khabarkan padamu bahawa aku sebenarnya cukup rindu menantikan kehadiranmu.Terasa ingin kuserahkan seluruh jiwa ragaku buatmu kerana dalam meniti hari-hari yang mendatang ini jiwaku terasa kosong dan kaku.Tuhan dalam meniti hari-hari yang lembut dan biru,yang keras dan kelabu terkadang kita alpa bahawa biru dan kelabu itu adalah anugerah yang menuntut kita untuk menilai besarnya anugerah allah.Walau terkadang biru dan kelabu itu tergabung mencorakkan warna-warna kehitaman dalam hidup kita namun itulah sebenarnya hakikat sebuah kehidupan.Tuhan padamu ku cari cinta
Selasa, 11 Ogos 2009
pasrah
Akhirnya Tuhan memudahkan aku ke suatu destinasi yang selama ini aku tidak terfikir akan menjadi sebuah kenyataan.Akukah saat itu yang cukup tabah menyimpan sejuta kesakitan di dalam hati.Bermimpikah aku saat itu menyaksikan satu persatu bukti ketidaksetiaan terpamer megah di depan mata.Kalau mampu kubelah dada pasti mengalir deras darah merah dari sebuah hati yang parah terluka.Tuhan, terlalu besar dugaan ini buatku hingga terkadang aku jadi cukup pasrah.Buat yang selalu bersamaku dalam kepayahan ini hanya Allah saja yang dapat membalas setiap kebaikan kalian.Buat puteri-puteri kesayanganku ibu akan sentiasa mepnjadi kuat untuk kalian.Dan buat sebuah nama terima kasih buat segala-galanya ini.Pada Allah kupohon segalanya.
Isnin, 10 Ogos 2009
KELIRU
Hari ini aku rasa keliru.Ikhlaskah ungkapan itu atau sekadar permainan kata pengubat sebuah kesakitan.Setelah langit hidupku jadi kelabu aku bukan lagi seorang perindu yang ampuh dengan ungkapan kata dan janji.Amat sakit apabila kesetiaan dan kejujuran dikhianati.Sekali hati terluka ngalirnya ke larut senja.Ucaplah apa saja ,ungkaplah sejuta kata pengubat jiwa namun hati yang telah hancur terluka tidak mungkin terubat hanya dengan kata.Walau apapun aku berhak untuk mengucapkan terima kasih untuk kata-kata itu kerana keikhlasannya hanya DIA yang maha mengetahui.
Langgan:
Catatan (Atom)